Majlis Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan 1957 : Penaik Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Persatuan Sejarah Malaysia Kuala Lumpur pada 7 September 2017.
Program ini mendokumentasikan kisah tiga bekas anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada pengisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957. Kumpulan penaik bendera terdiri daripada Allahyarham Chief Petty Officer Seaman Awang Mohd Salleh, Chief Petty Officer Oliver Cuthbert Samuel dan Lt Komander (Bersara) Mohd Sharif Kalam akan didaftarkan sebagai penaik bendera hari bersejarah itu dalam Arkib Negara Malaysia.
![](https://i.ytimg.com/vi/VK6sY60GS7w/maxresdefault.jpg)