Selepas selesai menunaikan solat Dhuha dan membaca doa Solat Dhuha, adalah sangat bagus untuk kita berzikir.
Download Tip dan Amalan Menjemput Rezeki Tak Disangka di [ Ссылка ]
====
Berikut adalah zikir selepas solat Dhuha yang boleh kita amalkan setiap hari :
رب اغفرلي وتب علي إنك أنت التواب الغفور
Robbighfirlii watub ‘alayya Innaka Antattawwaabul ghofuur.
Maksudnya : Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi taubat dan Maha Pengampun.
Baca 100x.
Setelah dibaca berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun, rasakan sendiri perubahan yang berlaku ke atas diri anda.
Lebih-lebih lagi jika diiringi dengan amalan-amalan lain seperti sedekah pagi, dan niat untuk meningkatkan kualiti solat anda.
Of course, sentiasa menjaga solat wajib (menjaga hubungan dengan Allah). Ini yang penting.
Amalan yang wajib sentiasa dijaga, amalan sunat sentiasa ditambah dan istiqomah.
Moga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah.
Biiznillah.
Download Tip dan Amalan Menjemput Rezeki Tak Disangka di [ Ссылка ]
Blog : [ Ссылка ]
Facebook : [ Ссылка ]
Website : [ Ссылка ]
Membaca Zikir Selepas Solat Dhuha adalah salah satu Amalan Murah Rezeki yang boleh anda lakukan.
![](https://i.ytimg.com/vi/ViTZRCvWa-w/maxresdefault.jpg)