Assalamualaikum , alhamdulillah hri ni dpt Pertanyaan ttg pokok terbantut daripada salah seorang pelanggan kami, jadi akan saya huraikan ttg Pokok terbantut ini, pokok terbantut boleh berpunca dripada anak benih itu sendiri iaitu anak benih yg sakit atau akar yg tersimpul Dan Jenis media campuran tanah yg digunakan secara tidak langsung dpt mempengaruhi tumbesaran pokok, namun begitu, semuanya bergantung kpd pengurusan nursery tu sendiri, Dari segi pengurusan siraman, pembajaan , kawalan penyakit & perosak , walaubagaimanapun, apabila benih sudah di tanam di lapangan faktor Berikut dpt mempengaruhi pokok durian menjadi terbantut
1. Siraman - kekurangan air (pokok dehydrated Dan terbantut proses penhasilan makanan terganggu & pokok mudah kene seranggan perosak , kekerapan siraman hari2 pulak boleh sebabkan kehadiran penyakit
2. Penyakit - penyakit akar spt Mati rosot / akar reput mudah berlaku sekiranya struktur tanah kite tidak bagus terutamanya kwsan tanaman berisiko takungan air Dan laluan air pada pangkal
3. Perosak- seranggan perosak pada tahap serious jugak boleh membuatkan pokok terbantut , seranggan perosak spt kutu afids/ thrips/ hama atau kumbang, belalang mahupun ulat , namun begitu perosak dlm tanah jugak Bahaya spt parasite nematode , pentingye sbeelum tanam di lapangan pengurusan tanah diberikan perhtiaan , lbihkan pengunaan Baja kompos untuk naikkan % kandungan organik dlm tanah.
4. Tanah - tanah mempunyai 3 elemen yg penting yang dapat memberikan Kesuburan pada tanaman kite iaitu :-
1- kekayaan unsur organik dlm tanah
2. Struktur & saliran tanah
3. Bacaan pH tanah - 5.5-6.5 ( bacaan ngam / ideal)
Bagaimana nk capai 3 perkara ini ?? Hanye lebihkn pengunaan Baja kompos organik 💯 & kerap buat aktiviti gembur tanah setiap Kali lakukan aktiviti pembajaan Baja kompos.
Untuk pokok spt ni last choice sulam baru shj Dan tanam pada lubang lain, jika ingin buat rawatan kene mulakan dahulu dgn tanah & akar , kene gembur dahulu tanah Dan baiki saliran tanah spt membuat lingkaran bulatan pada luar kanopi daun , korek stgah Kaki pada setiap lingkaran bulatan tu di mana nti ia akan jadi spt busut , & setiap minggu buat semburan racun sistemik akar antara bahan aktif saya syorkan - metalxy, hexaconazole, azotrobin, difeconazole, Dan setiap minggu jgk sembur vbooster jika ade nmpk pokok Bertindak positive boleh terus kan rawatan sehingga pokok nmpk pulih, Kawalan perosak khasnye untuk perosak kutu / hama perlu diberi perhatian kerana seranggan perosak ini boleh jgk buat daun durian kite jadi kuning spt dlm video ni , namun sekiranye pokok tidak bertindak balas atau tiada sebarang respon boleh la pertimbangkan untuk sulam baru pada lubang lain, Dan ingat gunakan Baja kompos dri sisa tumbuhan untuk baiki kandungan unsur organik dlm tanah ,elakkan guna Baja kompos dri sisa tinja haiwan secara Berlebihan nk guna boleh tiada masalah ttp Teknik Dan sukatan perlu ikut dgn cara yg betol
Jadi dengan serba sedikit penerangan yg saya jelaskan ini dpt memberikan panduan dalam menguruskan tanaman durian untuk semua 🤝
Kredit sumber video: Sadina Hamjal
Ещё видео!