🎵 Aniq Muhai - Mahakarya
🎧 Use headphones for the best experience ~
🔔 Tekan tombol subscribe dan hidupkan loceng untuk video baru!
📸 Wallpaper ➡ [ Ссылка ]
⏩ More best music: [ Ссылка ]
📩 Contact for business: memoriesvibes6@gmail.com
📝 Lirik: Mahakarya - Aniq Muhai
Jalan cerita hidupmu penuh teka-teki
Sarat derita mengundang curiga pada diri
Belum habis kau hela nafas lega
Kembali ditampar sengsara
Puas kau mengeluh tanpa sudah
Engkau masih pejuang
Berwajah ceria di balik resah
Kerana masih kau yakin pada Pengatur cerita
Nan mahakarya
Episod lara ini hanya secebis karya-Nya
Mengajar kau percaya “it’s okay to not be okay”
Sempurna serpihan teka-teki hidupmu
Diiring babak air mata duka
Tak mengapa kau bersedih di pertengahannya
Engkau masih pejuang
Demi pengakhiran cerita bahagia
Kerana bayarannya derita bahkan air mata
Hingga hujungnya mahakarya
Derita itu laksana pasir jerlus
Yang menarik tubuh
Semakin bergelut semakin membenam
Hanya kau perlukan sedikit ruang waktu
dan utuh serahanmu
Pada Sang Pengatur mahakarya
Engkau masih pejuang
Berwajah ceria di balik resah
Kerana masih kau yakin pada Pengatur cerita
Nan mahakarya
Engkau masih pejuang
Demi pengakhiran cerita bahagia
Kerana bayarannya derita bahkan air mata
Hingga hujungnya mahakarya
#AniqMuhai #Mahakarya #TarbiahSentap
![](https://i.ytimg.com/vi/XcgMKXvZH9Q/maxresdefault.jpg)