Raja Permaisuri Agong Diwasalkan Darjah Kebesaran Kerabat Perak Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara pada hari ini 15 Julai 2024
Istiadat mewasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak turut disaksikan oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak diwasalkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dalam satu istiadat di Dewan Seri Maharaja.
Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.
Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak dipersembahkan kepada Sultan-Sultan pemerintah negeri dan Raja-raja Permaisuri serta pemerintah tertinggi luar negeri.
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak; Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor; Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Ещё видео!