Hasil Padi adalah sebuah karya dokumentari yang menceritakan tentang bagaimana padi telah di tanam pada zaman dahulu iaitu sekitar tahun 1930an sehingga pada tahun 2023. Haji Ngesan merupakan salah seorang petani yang telah menjalankan aktiviti tanaman padi sejak 50 tahun yang lalu di daerah Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Semoga dengan adanya video ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada generasi akan datang bagaimana orang-orang terdahulu menanam padi. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pihak Finas kerana telah mengeluarkan dana kandungan digital (DKD) bagi pengkarya bagi menghasilkan video dokumentari ini. Sekian, dan Terima kasih kerana sudi menonton.
Ещё видео!