Apa itu Albinism?
Albinism ialah penyakit yang diwarisi di mana tiada pigmen melanin dalam badannya. Jumlah melanin menentukan warna kulit, rambut dan mata seseorang.
Simptom Albinism:
a) Kulit:
Manusia yang mempunyai albinism mempunyai warna kulit yang sangat cerah. Pigmentasi tidak akan berubah bagi mereka yang menghidap albinism. Bagi mereka yang normal, pengeluaran melanin meningkat pada usia kanak-kanak atau remaja.
b) Rambut:
Rambut orang Afrika/Asia yang albino mempunyai warna rambut yang cerah walaupun belum mencapai usia tua. Rambut orang Asia yang normal biasanya berwarna perang atau hitam.
c) Mata:
Kekurangan pigmen pada bahagian mata menyebabkan bahagian iris pada mata gagal untuk menyekat cahaya dengan sepenuhnya. Orang albino akan mengalami simptom photophobia, iaitu takut kepada cahaya.
Albinism pada haiwan
Semua spesies haiwan boleh terkena albinism. Biasanya terkena pada haiwan mamalia, namun haiwan bukan mamalia juga boleh terkena albinism. Kekurangan pigmen pada kulit, bulu dan mata haiwan menyebabkan haiwan itu albino, sama seperti manusia.
Namun, tidak semua haiwan yang berwarna putih itu mempunyai albinism...
Instagram:
[ Ссылка ]
Ещё видео!