Makanan berasaskan tumbuhan termasuk bijirin, kekacang, bijian, sayuran dan buah mengandungi beberapa jenis bahan anti-nutrien yg wujud secara alami..
Bahan anti-nutrien tumbuhan yg dibincangkan ada 6 jenis :
1. Phytate @ phytic acid
2. Oxalate @ oxalic acid
3. Tannin @ tannic acid
4. Protease inhibitor
5. Lectin
6. Cellulose..
Semua jenis tumbuhan ada salah satu atau beberapa jenis bhn anti-nutrien ini.
Sebenarnya bahan anti-nutrien dalam makanan berasaskan tumbuhan ada banyak jenis lagi :
Certain Glycoside & Alkaloids
Saponin
Haemagglutinin
Goitrogenic in soybean, cruciferous vegetable (block iodine absorption)
Gluten
Dan banyak lagi.
Herba juga mengandungi anti-nutrien lebih banyak dari segi jenis molekul & kuantitinya lebih tinggi.
Hanya orang yg sensitif atau berisiko mendapat masalah tertentu sahaja harus mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kumpulan makanan yg tinggi bhn anti- nutrien yg berkaitan dengan masalah individu...
Jadi kita tak perlu amal diet ekstrim yg mengelakkan secara total bhn makanan yg ada bhn anti nutrien kerana ia boleh mengundang kekurangan nutrien terrentu..
Biasanya bila ambil secara berlebihan bahan makanan tersebut baru menyebabkan kesan sapingan/mudarat tertentu yg ringan seperti :
1. Kembung @ perut berangin
2. Perut tak selesa / tegang @ abdominal cramp
3. Loya
4. Pening, dizziness.
5. Sesak nafas bagi sesetengah pesakit gastrik & gerds
6. Anxiety & debaran.
7. Dada rasa tak selesa, nafas pendek.
8. Pedih ulu hati, asid reflux bg pesakit gastrik & gerds..
9. Makanan tak hadam..
Simtom- simtom diatas biasa dikaitkan dgn kandungan oxalate, tannin, lectin & protease inhibitor..
Tannin dalam jumlah yg tinggi seperti dalam teh hitam, khususnya boleh menyebabkan gangguan penghadaman makanan bagi orang yg sensitif..
Tannin menghalang penyerapan protein, vitamin & mineral dalam makanan..
Oxalate paling tinggi dalam sayur bayam @ 750 mg per hidangan pula boleh menghalang penyerapan mineral khususnye kalsium, magnesium, zat besi dsb.
Oxalate juga tinggi dalam kekacang dan beberapa jenis bijirin, bijian dan buah spt peanut, badam, avocado, gajus..
Oxalate yg berkumpul dalam badan boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan yg lain juga spt batu karang kalsium oxalate, keradangan sendi @ arthritis dsb...
..
![](https://s2.save4k.ru/pic/ZH2wGh06RFw/maxresdefault.jpg)