Pusat panggilan Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat sejak gelombang ketiga COVID-19 bermula September lepas.
Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan sekali ganda daripada 6,770 panggilan bagi tempoh itu kepada 12,240 panggilan yang direkodkan bulan lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun bagaimanapun berkata, walaupun terdapat peningkatan panggilan menerusi Talian Kasih pada September lepas, ia tidak sebanyak seperti direkodkan ketika gelombang pertama COVID-19 melanda negara pada Mac.
Panggilan tertinggi direkodkan ialah pada April dengan 55,129 panggilan kerana pada ketika itu ramai orang panik dengan situasi pandemik yang baru melanda negara.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Kembara Prihatin Negara 2020 yang bertujuan menyantuni rakyat terkesan pandemik COVID-19, selain menyebar luas perkhidmatan dan inisiatif yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Sumber: Berita RTM
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaJagaKita
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
Ещё видео!