#misteri #puaka #perak #banglomarina
Assalamualaikum semua rakan-rakan.
Video kali ini sempat saya mempertontonkan kepada anda eksplorasi saya ke sebuah rumah "urban legend" yang pernah viral suatu ketika dahulu oleh rakyat Perak iaitu rumah banglo Marina. Ada pelbagai versi cerita mengenai rumah ini :
1. Marina merupakan anak kepada owner yang berbangsa Inggeris. Sewaktu ketiadaan ibu bapanya Marina telah menggantungkan dirinya didalam sebuah bilik akibat tekanan.
2. Marina merupakan isteri kepada owner. Diceritakan isterinya dibunuh dan sehingga sekarang mayat yang ditanam di kawasan rumah masih belum dijumpai.
3. Ahli keluarga ini telah pulang ke negara asal ketika pihak Jepun menjajah tanah melayu seuatu ketika dahulu.
4. Isterinya Marina menunggu kepulangan suaminya dari England namun , setelah mendapati suaminya curang beliau nekad membunuh diri.
Rumah Banglo Marina ini merupakan rumah mando estet. Dahulunya kawasan sekeliling terdapat pokok getah. Dan diceritakan kemungkinan usia binaan ini boleh mencapai 100 tahun.
Pada tahun 1995, keadaan Rumah Banglo Marina ini masih lagi cantik, terdapat lagi barangan perabot. Namun ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab datang mengambil / mencuri dan merosakkan. Sehingga sekarang dapat kita lihat keadaan rumah yang usang ini masih lagi kukuh berdiri ditengah ladang kelapa sawit dan menjadi tempat untuk berlindung ketika hujan lebat oleh penduduk kampung.
Perlu kita ingat bahawa, makhluk ghaib/jin sememangnya wujud namun usahlah kita terlalu taksub dan memikirkannya.
Terima kasih dan selamat menonton.
Jika anda berminat dengan content seperti ini boleh subscribe channel DTM :
Facebook : [ Ссылка ]...
Instagram : [ Ссылка ]
YouTube : [ Ссылка ]
TikTok : tiktok.com/@darktourismmalaysia
![](https://i.ytimg.com/vi/aza-gNY8vCg/mqdefault.jpg)