VIDEO PILIHAN: ANDA RINDUKAN AKSI LASAK PDRM DALAM PERTUNJUKAN LIMA'17?
Anda rindukan aksi lasak Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) dalam segmen maritim di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) lalu?
Jom saksikan sedikit sedutan montaj aksi lasak wira-wira kami bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Resort World Langkawi, Awana Porto Malai, Pulau Langkawi, Kedah.
Montaj ini adalah hasil sentuhan pelajar praktikal kami di Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Cik Aina Amalina Ahmad Nawawi. Beliau adalah pelajar tahun akhir jurusan filem dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Selangor.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi yang lebih mendebarkan dari kami di LIMA 2019 (LIMA'19) pada tahun ini. Jumpa di sana!
Ещё видео!