- ZIRAH PENDEKAR ADIPERKASA -
Masanya telah tiba, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang tidak henti-henti menyokong kami di Heroes ART Studio dari awal sehingga ke hari ini. Sokongan anda , serta sumbangan yang diberikan semasa sesi crowdfunding telah membantu kami untuk menghasilkan karya sulung kami, cubaan video Adiperkasa , kronologi pertama.
Khas untuk anda semua, terimalah kronologi 1, Adiperkasa
Semoga video ini akan menjadi permulaan untuk sesuatu yang lebih hebat lagi buat Heroes ART Studio, satu langkah kehadapan dalam pengisian industri hiburan tempatan.
KRONOLOGI adalah sebuah video cubaan bagi menilai memampuan team kami, kami akui terdapat pelbagai kelemahan, mohan maaf jika kami ada serba kekurangan dari segi persembahan, segala komen anda kami akan mengambil kira bagi memperbaiki segala kelemahan dan kami akan sedaya upaya mengatasi permasalahan tersebut, teruskan sokongan korang supaya kami tetap hadir.
.................................................................................................
SINOPSIS-
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pada zaman dahulu, terdapat sebuah legenda dimana tidak seorang pun tahu wujudnya. Puak BARRA (Bunian dari alam kegelapan) yang bersifat kejahatan menjajah memperluaskan kuasa disetiap alam telah menyerang bumi dan apabila manusia sedar akan bahayanya puak BARRA ini, suatu serangan besar telah berlaku.
Demi untuk mempertahankan bangsa manusia kelak dengan kebijaksaan manusia itu sendiri telah mencipta sebuah baju perisai bergelar ZIRAH PENDEKAR yang diisi beribu hikmat dari zat bumi yang direkakan khas dan diberikan kepada seorang wira yang terpilih.
Dalam peperangan tersebut puak BARRA menemui kekalahan. Akibat dari itu saki baki konco tentera BARRA telah melarikan diri ke alamnya dan berjanji akan menuntut kemenangan dari kekalahan yang akan datang.
Zaman berganti zaman sehingga kini peperangan ini berlanjutan secara rahsia tanpa disedari masyarakat lainnya. Demi untuk keamanan manusia sejagat, persediaan telah dilakukan untuk serangan yang mendatang, apabila baju perisai telah diperkasakan dengan galian zat bumi, keistimewaan permata delima sakti telah dipindahkan kepada zirah berteknologi tinggi dan dienovasikan dengan kuasa ke dalam seutas jam tangan yang digelar JAM HARIMAU(Tiger Gajet) yang mampu berubah jelmaan si pemakai kepada perisai bertopeng zirah pendekar harimau atau nama lainnya ADIPERKASA.
Di era moden ini sebuah organisasi telah ditubuhkan dengan nama ORGANISASI LAKSAMANA dimana ia bertindak sebagai badan pertahanan rahsia untuk menentang kejahatan tentera BARRA yang bakal menyerang, dan gelaran wira yang mampu pertahankan bumi ini dari serangan tentera BARRA.
.................................................................................................
Jangan lupa ikuti page HAS di facebook, youtube dan juga Instagram untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terikini kami.
Link Facebook : [ Ссылка ]
Link youtube: [ Ссылка ]
Instagram: [ Ссылка ]
#adiperkasa #heroesartstudio #zirahpendekar #adijagad #sangkumba #pilotepisode #negaraku #malaysia #tokusatsu
![](https://s2.save4k.ru/pic/csOE8dtnZGM/maxresdefault.jpg)