Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اِنَّ اَصْحٰبَ الْجَـنَّةِ الْيَوْمَ فِيْ شُغُلٍ فٰكِهُوْنَ
"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 55)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
هُمْ وَاَ زْوَا جُهُمْ فِيْ ظِلٰلٍ عَلَى الْاَ رَآئِكِ مُتَّكِــئُوْنَ
"Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 56)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لَهُمْ فِيْهَا فَا كِهَةٌ وَّلَهُمْ مَّا يَدَّعُوْنَ
"Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 57)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
سَلٰمٌ ۗ قَوْلًا مِّنْ رَّبٍّ رَّحِيْمٍ
"(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 58)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَا مْتَا زُوا الْيَوْمَ اَيُّهَا الْمُجْرِمُوْنَ
"Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman)."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 59)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اَلَمْ اَعْهَدْ اِلَيْكُمْ يٰبَنِيْۤ اٰدَمَ اَنْ لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ ۚ اِنَّهٗ لَـكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ
""Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 60) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَّاَنِ اعْبُدُوْنِيْ ۗ هٰذَا صِرَا طٌ مُّسْتَقِيْمٌ
""Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 61)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلَقَدْ اَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيْرًا ۗ اَفَلَمْ تَكُوْنُوْا تَعْقِلُوْنَ
""Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 62)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
هٰذِهٖ جَهَنَّمُ الَّتِيْ كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ
""Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 63)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اِصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُوْنَ
""Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!""
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 64)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اَلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلٰۤى اَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَاۤ اَيْدِيْهِمْ وَتَشْهَدُ اَرْجُلُهُمْ بِمَا كَا نُوْا يَكْسِبُوْنَ
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 65)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلَوْ نَشَآءُ لَـطَمَسْنَا عَلٰۤى اَعْيُنِهِمْ فَا سْتَبَقُوا الصِّرَا طَ فَاَ نّٰى يُبْصِرُوْنَ
"(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 66)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلَوْ نَشَآءُ لَمَسَخْنٰهُمْ عَلٰى مَكَا نَتِهِمْ فَمَا اسْتَطَا عُوْا مُضِيًّا وَّلَا يَرْجِعُوْنَ
"(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 67)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَمَنْ نُّعَمِّرْهُ نُـنَكِّسْهُ فِى الْخَـلْقِ ۗ اَفَلَا يَعْقِلُوْنَ
"Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 68)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَمَا عَلَّمْنٰهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْۢبَغِيْ لَهٗ ۗ اِنْ هُوَ اِلَّا ذِكْرٌ وَّقُرْاٰ نٌ مُّبِيْنٌ
"(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 69)
Ещё видео!