MONYET SILVER LEAFED | BUKIT MALAWATI
Sekiranya anda berkunjung ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah sebentar di Bukit Malawati.
Kunjungan anda pasti menarik!
Apa yang menarik?
Menariknya terdapat beberapa spesies monyet yang mendiami bukit ini.
Monyet daripada spesies Silver-Leafed ataupun dipanggil Lotong ini berasal dari hutan paya bakau berdekatan.
Monyet ini akan naik ke puncak Bukit Malawati pada siang hari kerana telah menjadi rutin harian mereka untuk mendapatkan makanan seperti kacang panjang, kangkung, pisang atau roti yang beri oleh pengunjung yang datang.
Berbekalkan makanan tersebut, pengunjung bukan sahaja mampu menjinakkan puluhan monyet yang ada, malah mampu memegang dan bergambar bersama spesis monyet kelabu berjambul ini.
Ещё видео!