Bila masa kita perlukan servis tukang rumah & bila masa kita perlukan kontraktor rumah? Sebelum pergi lebih jauh, lebih baik kita mengenali dulu istilah tukang dan kontraktor.
Make sure to subscribe - (Tekan link di bawah)
[ Ссылка ]
Siapa tukang?
Tukang adalah orang yang mahir dalam kerja pertukangan, maka dalam istilah kita ini adalah mereka yang mahir dalam menukang rumah.
Sebenarnya terdapat banyak kategori tukang rumah dan tiada tukang yang mahir dalam semua kerja.
Bagi pekerja asing kebanyakkan mereka terikat dengan permit kerja dengan syarikat kontraktor tempatan.
Tetapi, terdapat agak ramai antara mereka adalah PATI (pendatang asing tanpa izin). Jadi hati-hati ya sebab tak berbaloi menanggung risikonya.
Sekarang ni kita lihat dulu bidang kerja kontraktor.
Siapa kontraktor?
Kontraktor akan memastikan projek pelanggannya berjalan lancar
Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan pihak CIDB atau mana-mana badan berwajib yang berkaitan dan keperluan lesen mereka adalah dibawah selia oleh badan-badan berwajib tersebut.
Sama juga seperti tukang bina rumah, kita akan perlukan kontraktor-kontraktor ini bagi menyiapkan sesuatu kerja. Terutama sekali bagi kerja pembinaan rumah atau projek perumahan. Jadi, tukang dan kontraktor melakukan kerja yang hampir sama.
Mengapa perlu ada kontraktor dan tukang? Jika lihat pada kerja, tugas kedua duanya adalah lebih kurang sama.
Tetapi kontraktor secara kebiasaan akan melakukan skop kerja yang luas dan tukang kebiasaannya adalah sebahagian pekerja bagi kontraktor atau melakukan skop kerja yang kecil.
Adakah saya memerlukan kontraktor untuk kerja binaan yang ingin saya buat? Saya hanya ingin bina bangsal sahaja"
1. Kita sebenarnya boleh menentukan sama ada benar benar memerlukan tukang atau pun syarikat kontraktor bagi kerja binaan yang ingin kita buat.
2. Bagi kerja bersaiz kecil dengan risiko yang rendah, melantik kontraktor tidak memberi nilai tambah kepada kita.
-Kerja binaan tersebut adalah ringkas.
-Tidak memakan masa.
3. Jika kita dah fikir masak masak dan akhirnya buat keputusan menggunakan khidmat tukang. Kita boleh sama ada
-Menggajikan mereka.
-Atau memberi mereka harga secara pukal (lump sum) untuk kerja binaan tersebut.
Saya ingin membina rumah dia atas tanah sendiri, adakah saya memerlukan kontraktor atau tukang?
1. Pilihan terletak 100% di tangan kita, sekiranya kita mempunyai bajet dibawah RM150,000 lebih baik untuk memilih opsyen menggunakan tukang. Tetapi jika kita mempunyai bajet besar, misalnya RM 1 juta. Menggunakan khidmat tukang adalah tidak masuk akal.
2. Jika kita memilih tukang pastikan tukang kita biasa menjadi kepala atau ketua.
3. Ini kerana kepala kerja boleh membahagikan tugas diantara mereka. Tukang biasa tidak mahir dalam pembahagian kerja.
Dia hanya tahu melaksanakan kerjanya sahaja.
Saya nak buat rumah dari pembiayaan bank, tukang atau kontraktor yang perlu saya pilih?
Jika rumah kita adalah dengan pembiayaan bank, rumah tersebut memerlukan CF/CCC (certificate of fitness atau certificate of completion and compliance). Keperluan CCC tidak boleh dipenuhi oleh tukang.
Sekiranya kita berbajet besar, adalah satu kerugian jika tidak mendapatkan CCC.
Kelebihan dan kekurangan menggunakan khidmat kontraktor serta tukang.
Kelebihan tukang
1. Kos lebih jimat.
2. Boleh memilih tukang kita sendiri.
3. Boleh tambah kerja tanpa perlu sebarang sebutharga.
4. Anda berkuasa ditapak.
Kekurangan tukang
1. Tiada jaminan waranti.
2. Tiada sebarang kontrak.
2. Hasil kualiti di tentukan oleh tukang.
3. Tiada jaminan tukang akan siapkan kerja mengikut masa ditetapkan, keperluan barang adalah tanggungjawab kita.
4. Tukang boleh mengugut kita untuk tidak siapkan kerja tanpa sebab munasabah atau meminta bayaran awal sebelum kerja disiapkan.
5. Jika kita memerlukan khidmat profesional (arkitek, jurutera, ID, pendawaian sistem keselamatan, dll), tukang tidak boleh penuhi tuntutan tersebut atau kerja bersama mereka.
6. Tapak binaan adalah tanggungjawab kita, sebarang masalah ditapak adalah urusan kita.
Sekarang kita dah jelas dengan baik & buruk khidmat tukang.
Bagaimana pula dengan kontraktor.
Kelebihan Kontraktor
1. Segalanya bertulis, kita mempunyai kontrak kerja yang dilindungi undang-undang.
2. Lebih profesional dengan ada staf-staf yang boleh membantu kita dalam membuat pemilihan serta khidmat nasihat
3. Boleh bekerjasama dengan pihak profesional lain.
4. Perjalanan kerja lebih teratur dengan pemantauan dan penyeliaan tapak
5. Pembayaran adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui .
6. Ada jaminan waranti dengan khidmat selepas jualan.
7. Masalah ditapak bukan tanggungjawab kita, kita tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti di tapak.
Kekurangan Kontraktor
1. Anda tidak berkuasa ditapak.
2. Anda tidak boleh menukar kerja sewenang-wenangnya, segalanya telah termaktub di dalam kontrak
3. Kos yang lebih tinggi.
Ещё видео!