SUNGAI UDANG, 8 Jul 22: Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Payung Terjun Siri APT/3/2022 yang dirasmikan oleh Komandan PULPAK, Kol Zulkinine bin Yunus bertempat di Hangar Cawangan Payung Terjun, PULPAK.
Kursus Asas Payung Terjun Siri APT/3/2022 dihadiri oleh Seramai 4 Kali Pegawai dan 146 kali anggota LLP. Penuntut akan diajar cara teori dan amali berkenaan dengan teknik dan prosedur pengendalian payung terjun semasa penerjunan dan kaedah pendaratan yang betul sepanjang kursus ini berlangsung serta perlu melepasi setiap peringkat ujian semasa kursus.
Dalam ucapan Komandan, beliau bersyukur kerana sepanjang kursus ini berlangsung, tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus dan berjaya memakai sayap penerjunan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih kerana telah berjaya mendidik penuntut agar menjaga tahap disiplin dan mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh Pusat Latihan ini sepanjang menjalani kursus.
#latihanteraskeyakinan
- PULPAK
Ещё видео!