#filmorago
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu:
Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi air.
Masjid UMS:
Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu telah siap dibina pada 29 November 2002 dan telah dirasmikan oleh Tun Sakaran Dandai yang merupakan Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada masa itu.
Masjid ini mempunyai 3 tingkat kesemuanya dan reka bentuk masjid ini adalah bertemakan reka bentuk dari Timur Tengah dan dianggap antara yang tercantik di Asia Tenggara.
Walaupun Masjid Universiti Malaysia Sabah ini terletak di dalam kawasan Kampus Universiti Malaysia Sabah namun ia turut menjadi pilihan dan tumpuan jemaah luar yang tinggal dan berkerja berhampiran dengan UMS untuk menunaikan ibadah terutama sekali pada hari Jumaat.
masjid bandaraya kota kinabalu,
masjid kota kinabalu,
masjid bandaraya sabah malaysia,
masjid bandaraya sabah sabah
masjid ums,
masjid ums sabah
masjid nurul hikmah bukit padang
Ещё видео!