PITAS, 17 Februari 2024- Pencak Silat Sabah melakar nama di persada dunia apabila berjaya disenaraikan dalam "Asia Book Of Records” bagi persembahan Pencak Silat paling ramai di Asia sempena Festival Tahun Baru Cina (FTBC) yang diadakan di Dataran Salimpodon Pitas Sabah.
Catatan sejarah yang penuh bermakna ini direalisasikan melalui kerjasama Pejabat Daerah Pitas, Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta pelbagai agensi dan jabatan setempat.
Pencapaian Asia Book of Records yang berjaya dicipta disertai lebih 800 peserta yang menghimpunkan Gerak Seni mempertahankan diri Silat dari seluruh pelusuk negeri Sabah.
Terdahulu acara dimulakan dengan pelaksanaan Program Budaya Bersukan Teras Aspirasi Famili Sihat (AKTiF) Senamrobik yang disertai semua perserta dan orang awam.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri (Dr) Ruddy bin Awah, JP Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN N3 Pitas dan Penaung FTBC.
Selain Persembahan Pencak Silat paling ramai di Asia, Persembahan Muzik dan Tarian Tradisional Pinakang Kimaragang Selama 5 Jam Tanpa Henti dan FTC Enduro Records 2024 juga berjaya dicatatkan dalam Asia Book of Records.
#MalaysiaMadani #SabahMajuJaya #KBSSAktif #PitasdiHatiku
Source of the music: [ Ссылка ]...
![](https://i.ytimg.com/vi/hq9kbHAXtHM/maxresdefault.jpg)