KUALA TERENGGANU, 20 Jan (Bernama) -- Polis Terengganu mengesan modus operandi (MO) baharu penyeludup dadah iaitu melalui jalan laut di perairan negeri itu, setelah berjaya merampas 18.7 kilogram syabu bernilai lebih RM674,000 di Marang Ahad lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata rampasan di tepi pantai di Kampung Rhu Kubur, Jambu Bongkok di Marang kira-kira 8 malam itu, adalah susulan daripada laporan awam yang menemukan satu guni dipercayai ditinggalkan tiga individu mencurigakan di kawasan itu.
[ Ссылка ]
Ещё видео!