Resepi Rendang Ayam sesuai untuk Hari Raya. Selamat mencuba! Resipi lengkap di laman web [ Ссылка ]
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah rendang ayam. Resepi ini adalah resepi rendang yang paling mudah dan tidak perlu ditumis. Sangat sesuai untuk orang yang baru belajar memasak. Tanpa berlengah lagi, Jom Kita ke dapur!
Untuk resepi ini kita perluakan 2 kg daging ayam. Kalau ada ayam yang tua lebih baik supaya daging ayam tidak hancur bila dimasak lama.
6 sudu besar cili kering kisar. 5 sudu besar (150g) kerisik, 500g santan, 4 helai daun kunyit, 5 batang serai, 2 keping asam keping, 30 helai daun limau purut. Hiriskan daun limau purut dan daun kunyit halus seperti ini. 3 biji bawang besar, 9 ulas bawang putih, 5 bijibuah keras, 3 inci kunyit, 2 hiris tebal lengkuas dan 5 hirisan tebal halia. Potong kecil-kecil bersama dengan serai supaya mudah dikisar.
Masukkan kedalam blender , tambahkan 1 cawan air dan kisar sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas dan ketepikan dahulu.
Kita juga perlukan 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar jintan manis dan 1 sudu besar jintan putih.
Masukkan ayam kedalam kuali. Cili kisar. Bahan-bahan yang kita kisar tadi.
Masukkan ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Nyalakan api dan gaulakn.
Memasak rendang sebenarnya sangatlah mudah. Sekadar campurkan bahan-bahan dan masak lama-lama sehingga pekat. Pastikan bahan-bahan dicamourkan dengan sekata. Bila sudah mula mendidih, tambahkan santan.
Gaulkan supaya rempah dan santan dapat sebati dan sekata. Tambahkan 2 cawan atau 500ml air. Kacau! Jangan Tak Kacau! Kuatkan api dan bila sudah mendidih kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik. Hirisan daun kunyit. Asam keping dan daun limau purut. Tambah 3 sudu besar gula, boleh tambah atau kurangkan ikut cita rasa anda. 1 1/2 sudu kecil garam. Dan 1 sudu kecil serbuk perasa jika suka. Kacau supaya bahan-bahan sekata. Masak dengan api perlahan dan kacau dari masa kesemasa, setiap 5-10 minit. Renihkan untuk 45 minit atau sehingga rendang menjadi pekat dan daging ayam empuk. Jika ayam masih belum empuk boleh tambah sedikit lagi air dan masak lagi ayam dengan api perlahan.
Rasa sedikit kuah rendang and untuk pastikan rasanya seimbang. Kurang masin , jadi saya tambah sedikit lagi garam. Ikut citarasa anda. Merasa masakan semasa memasak amalan yang baik. Gualkan supaya rata. Rendang siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
![](https://i.ytimg.com/vi/jhFfgyNK_pE/maxresdefault.jpg)