Ikhtiar : Doa Bayi Batuk Berkahak Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Batuk berkahak boleh menyerang sesiapa sahaja, bayi juga tidak terkecuali. Kanak-kanak khususnya bayi sangat mudah mengalami batuk berkahak. Bagaimana caranya untuk merawat bayi batuk berkahak?
Ketika bayi batuk dengan kahak, ibu bapa sering merasa panik sehingga mereka sibuk mencari ubat batuk yang sesuai untuk si kecil. Sebabnya, bagaimana mengatasi batuk dengan kahak pada bayi tidak sama dengan orang dewasa.
Batuk sebenarnya adalah proses semula jadi dengan suara khas ketika ada benda asing di saluran pernafasan, yang mengeluarkan lendir (kahak) yang berlebihan. Semasa batuk, tubuh cuba mengeluarkan benda asing bersama dengan lendir, sehingga sering disebut sebagai batuk dengan kahak. Batuk dengan kahak pada bayi biasanya disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan di kerongkong.
Apakah doa bayi batuk berkahak sahih dalam Islam yang boleh diamalkan? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Berikut adalah perkongsian doa yang boleh ibu baca di rumah ketika menghadapi masalah bayi batuk berkahak:
Bacaan Pertama : Doa Bayi Batuk Berkahak Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Al-Fatihah
Selain dikenali sebagai ummu Al-Quran, Al-Fatihah juga dibacakan sebagai ikhtiar perubatan dalam islam. Terdapat banyak kelebihan dengan membaca Al-Fatihah dan salah satu kelebihan yang ada ialah digunakan sebagai penawar atau doa dalam perawatan.
Al-Fatihah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Bismillah hir-rohmaa nir rahiim.
Alhamdulillaahi robbil ‘alamiin.
Ar rohmaanir-rohiim.
Maliki yawmiddiin.
Iyyaaka na’budu wa-‘iyyaaka nasta ‘iin.
Ihdinas sirothol mustaqiim.
Siraatal-laziina ‘an-‘amta ‘alay-him Ghoyril-maghdhubi ‘alay-him walad dholliin.
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Bacaan Kedua : Doa Bayi Batuk Berkahak Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Selawat Syifa’
Sebaik2 bacaan sebelum memulakan doa adalah dengan mendahulukan selawat ke atas junjungan nabi Muhammmad SAW. Boleh mulakan dengan selawat yang biasa dibaca
Selawat Syifa’
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا، وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا، وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
Tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
Wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
Wa nuril absari wa diyaâ iha,
Wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim
Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas junjungan kami, nabi Muhammad SAW yang berkat berselawat ke atas baginda, akan merawati hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Bacaan Ketiga : Doa Bayi Batuk Berkahak Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Penghilang Kesakitan dan Doa Batuk Berkahak
بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Bismillaahi bismillaah bismillaahi
‘A’udzu bi ‘izzatillahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru
Maksudnya: Dengan nama Allah Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.
Sila klik link ini untuk artikel yang penuh bermanfaat:
[ Ссылка ]
Untuk pembelian produk SimpliRub boleh ke:
[ Ссылка ]
Ещё видео!