Ini adalah salah satu elemen ujian motosikal bagi Kelas B (atau B Full) seperti yang diselaraskan dengan pihak penguji JPJ Negeri Selangor dan pihak Harmony Driving Academy setakat video ini dimuat naik pada 12 November 2019. Perubahan mungkin berlaku dari masa ke semasa jadi sila rujuk Cikgu Marwan (019-297 1794) untuk perkembangan terkini.
Sila ambil perhatian bahawa cara membuat Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPM) dan Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan (PSMP) ini adalah berbeza mengikut institut memandu dan JPJ negeri masing-masing, jadi video ini sebenarnya hanyalah untuk rujukan para pelajar yang belajar di institut memandu Harmony Driving Academy di bawah tunjuk ajar Cikgu Marwan sahaja. Sila rujuk kepada pengajar institut memandu masing-masing untuk cara pemeriksaan yang sepatutnya.
Juga perlu diingat bahawa setiap calon ujian yang akan melakukan RPM perlu BERPAKAIAN LENGKAP dengan topi keledar sekali. Video ini dibuat secara spontan untuk membantu calon saya membuat latihan persediaan sebelum mengambil ujian tidak lama lagi.
Semoga video ini sedikit sebanyak dapat membantu semua yang menonton.
#rutinpemeriksaanmotosikal #rpm #pemeriksaansebelummemulakanperjalanan #psmp #harmonydrivingacademy #cikgumarwan
Ещё видео!