#BuletinBernama : Kenderaan bertali arus, lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) sesak.
Begitulah keadaan di ibu negara, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Proklamasi Darurat untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 telah pun bermula hari ini.
Situasi pada hari pertama pelaksanaan PKP kali ini amat berbeza sekali dengan Mac tahun lalu, dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan, sekiranya pergerakan penduduk masih tidak terkawal.
![](https://i.ytimg.com/vi/lLQ_2mHbZrk/maxresdefault.jpg)