Jom layan aktiviti d'kebun andak.. sop dan perkara wajib bila masuk ke kebun adalah memantau kedaan pokok.. tinjauan wajib dilakukan dari pokok ke pokok untuk mengesan penyakit seperti kulat, kanker batang, dan serangan serangga. Ini dapat mengelakkan pokok dalam keadaan kritikal dan sukar untuk pulih apabila gagal mengesan pada peringkat awal.. jom ikuti penerangan dan sembang d'kebun andak.
Walaupun durian dikategorikan sebagai pokok tropika, serangan kulat biasanya terjadi terutamanya pada musim hujan atau pada musim dengan kelembapan yang tinggi dan panas sewaktu siang. serangan kulat dikesan lebih kuat bagi klon2 kswin seperti durian musang king , duri hitam, ioi, bawor, udang merah dan baka2 terpilih lain..
Daun-daun yang dijangkiti kulat ini tidak akan sembuh. Praktis yang baik adalah memotong daun-daun yang sakit dan kemudian dibakar.
Daun-daun pokok yang telah gugur pada tanah keliling pangkal juga harus dikumpulkan dan dibuang/bakar. Ini adalah kerana spora kulat ini masih hidup pada sisa-sisa daun yang telah jatuh.
Pengaliran udara pada kanopi pokok perlu diperbaiki dengan cara membuat pemangkasan. Pastikan aliran udara adalah baik dan tiada teduhan daripada pokok-pokok besar sekeliling yang lain.
Hentikan pembajaan kimia NPK pada tempoh rawatan dan hanya mengaplikasikan baja organik pada pokok yang sedang dirawat.
Penyakit pokok durian yang disebabkan oleh serangan kulat yang pertama saya bincangkan disini ialah hawar daun/pucuk.
Menanggani Kanker batang @ cerana batang
1. Kenalpasti kanker batang apabila pokok statik, tiada pertumbuhan pucuk baru n mula kekuningan(klorosis)
2. Kikis semua kulit yg rosak dan tinggalkan kulit yg masih mempunyai sel hidup
3. Cuci dgn cuka kayu pekat dan lap sehingga kering.Sembur atai sapukan dgn racun kulat allite dan tunggu sehingga kering.
4.boleh juga sapukan tree dressing dan seterusnya monitor pokok.
5. Pokok selepas 3 bulan selepas pulih.
✔
Ещё видео!