Pemaju perumahan disaran untuk membina lebih banyak projek perumahan bagi penduduk berpendapatan rendah, terutama di kawasan bandar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, golongan berpendapatan rendah tidak boleh disisihkan daripada arus pembangunan.
Anwar menegaskan berulang-kali supaya perkara itu diseimbangkan kedua-duanya, Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur harus dipacu pertumbuhan dengan bangunan indah, kemudahan, kediaman, restoran dan hotel kerana ia petanda satu kota berjaya dan makmur.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi pada Khamis.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
Ещё видео!