TANAH MERAH, 25 Jan -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol ke negara jiran di sebuah stesen minyak, yang terletak di pedalaman daerah itu semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Tanah Merah Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, kejayaan itu hasil risikan pihaknya terhadap stesen minyak yang beroperasi di Kampung Estate Kerrilla itu, selepas memperolehi maklumat berlakunya aktiviti terbabit.
[ Ссылка ]
Ещё видео!