Assalamualaikum dan apa khabar semua? Selamat datang ke Jamal Tommy Channel ya. Hari ini Abg Tom nak kongsikan resepi yang sungguh menarik, mudah dan senang dibuat iaitu KARIPAP ROTI GARDENIA ya. Jangan lupa tonton sampai habis ya untuk mengetahui cara-cara membuatnya.
Jangan lupa untuk SUBSCRIBE - LIKE - KOMEN DAN SHARE ya!
Jom kita masak!
BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP:
1- 5 biji kentang dipotong dadu ya
2- Bawang putih dipotong dadu
3- Bawang merah dipotong dadu
4- Bawang Holland dipotong dadu
5- 2 sudu teh cili kering yang dikisar halus
6- Serbuk kari dibancuh dengan air ya
7- Air asam Jawa
KESEMUA BAHAN-BAHAN DIATAS PERLU DITUMIS YA SEHINGGA MENJADI INTI KARIPAP.
Info lanjut boleh tonton video ya.
BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP:
1- Roti gardenia, digelek dengan penggiling sehingga nipis ya
2- Serbuk Roti
3- 3 Biji Telur
CARA MEMBUAT KARIPAP ROTI GARDENIA:
1- Ambil kulit roti yang telah digiling nipis, letakkan inti karipap diatasnya, kemudian ambil satu lagi helaian kulit roti tadi dan tutupkan diatasnya.
2-Kemudian ambil cawan dan tekap diatasnya sehingga meninggalkan kesan bulat, kemudian gunakan gunting untuk memotong dan membentuk bulatan.
3-Bila dah siap bentuk bulatan, celupkan kedalam telur yang telah dikacau, kemudian taburkan dengan serbuk roti di keseluruhan karipap tadi.
4-Kemudian goreng dengan api perlahan, sedia untuk dihidangkan.
Tonton video sehingga habis ya, segala info dan cara-cara membuatnya ada disediakan ya.
Selamat mencuba!
#karipaproti #karipaprotigardenia #rotigardenia #rotikaripapsardin #rotikaripapcoklat #karipaprotipaun #rotigorengkaripap
Ещё видео!