Tonton episod penuh PERCUMA dan EKSKLUSIF di [ Ссылка ] atau di app streaming iQIYI [ Ссылка ]
HIGHLIGHT: Episod 26 | 7 Hari Mencintaiku 2 (2020)
Mia Adriana cuba berbaik dengan emak mentuanya tetapi tidak diberi peluang, tidak membenarkan Mia Adriana menolongnya malah disindir dengan kata-kata kesat. Hatinya makin sedih apabila kuih semperit yang dibuat oleh emak mentuanya bukan untuk dirinya tetapi untuk Alisa dan juga Nurul Ain. Walau bagaimana pun, dia berjanji tidak akan memakan kuih tersebut, dia mengambil untuk Alisa. Mia Adriana juga menyerah semula jawatan Penasihat Yayasan Roziah dan kunci kereta kepada bapa
mentuanya. Sofi pula berkecil hati dengan emak mentuanya selepas dia mendengar perbualan emak mentuanya dengan Nurul Ain tentang dirinya yang tidak dapat melahirkan anak untuk Helmi seolah-olah Mak Leha ingin menjodohkan Helmi dengan Rafidah. Dia salahkan dirinya kerana terlalu cepat membuat keputusan menerima Helmi semula. Khuzairi terpaksa beralah, bersetuju memberikan pinjaman wang kepada Mia Adriana atas permintaan Mia Adriana sendiri dengan alasan hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu.
Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah
#7HariMencintaiku2
Ещё видео!