Salam Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Kembali lagi ke rancangan Destinasi TV, The Nasi Kandar Show bersama hos kami, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar Hadi akan mencuba pelbagai Nasi Kandar serata Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.
The Nasi Kandar Show berda di Kuala Lumpur dan misi mencari nasi kandar terbaik masih diteruskan. Untuk episod kali ini, Anwar Hadi singgah ke Restoran Nasi Kandar Kudu dimana nasi kandar ini sememangnya terkenal di kalanagn warga kota Kuala Lumpur. Antara menu pilihan kami disini adalah ayam bawang, bendi, daging kicap, dan kari campur yang hanya berharga RM12.00
Ada ke penonton Destinasi TV yang ada sejarah disini? Kongsikan pengalaman anda. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Nasi Kandar Kudu dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.
📍Lokasi » Nasi Kandar Kudu
No 335, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
🌎 [ Ссылка ]
☎️ 03-2697 7082 » Nasi Kandar Kudu
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 8 pagi hingga 8:30 Malam
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
Ещё видео!