PERINGATAN: Untuk mengundi pasangan pilihan anda, sila ke [ Ссылка ]
—————————————
Selepas terselamat daripada penyingkiran di Episod 5, akhirnya pasangan Amir & Balqis kecundang pada minggu lalu apabila panel juri - Mas Idayu, Ajai dan Hael Husaini - memilih untuk memberi peluang kedua kepada Fariqwan & Mina.
Minggu lalu turut melihat pasangan Syafiq & Serra yang sebelum ini menduduki tangga teratas berada di kedudukan tercorot apabila persembahan mereka gagal menambat hati juri.
Untuk minggu ini, siapa pula yang bakal disingkirkan dan mampukah Syafiq & Serra kembali ke tempat teratas? Selain Syafiq & Serra, pasangan yang masih berentap di Lagu Cinta Kita musim 2 termasuk Iss Arffan & Mya, Hariz & Mafa, Khareez & Nadeera, Adly & Darling, Kael & Evie dan Fariqwan & Mina.
Minggu ini, tetamu jemputan terdiri daripada Fattah Amin, Erra Fazira dan Naqiu.
Jangan lupa saksikan musim kedua Lagu Cinta Kita Ahad ini di TV3, jam 9 malam. Anda juga boleh strim secara langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.
#LaguCintaKita2
![](https://i.ytimg.com/vi/osbnj9__DPQ/maxresdefault.jpg)