Berita Penuh| 26 Mac 2022, Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) tidak menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan calon mengikuti latihan perajurit muda TLDM.
Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ( PUSPAHANAS), Laksamana Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah berkata penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara sukarela berdasarkan kelayakan ditetapkan.
Beliau berkata demikian selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda ke-222 di Padang Kawad KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi.
Seramai 545 Perajurit Muda berjaya menamatkan latihan yang diikuti sejak Oktober tahun lalu.
622 Perajurit Muda TLDM dari Pengambilan 222/21, terdiri daripada 490 lelaki dan 55 wanita telah berjaya menamatkan latihan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan bertempat di Padang Kawad KD SULTAN ISMAIL Tanjung Pengelih, Johor pada pagi ini.
Upacara Perbarisan Tamat Latihan telah disempurnakan oleh Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah, Presiden PUSPAHANAS selaku Laksamana Pemeriksa. Turut hadir Laksamana Muda Dato' Anuar bin Mohamed, Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM.
Selain menyempurnakan Istiadat Perbarisan, Presiden PUSPAHANAS turut menyampaikan anugerah kepada Divisyen Terbaik Keseluruhan, Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki, Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Wanita, Laskar Muda Terbaik Sukan Lelaki, Laskar Muda Terbaik Sukan Wanita, Laskar Muda Terbaik Akademik dan Laskar Muda Terbaik Kawad Kaki.
Laskar Muda Mohamad Shahril Izwan bin Mohad Rizal Keflishah telah dipilih sebagai Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki, manakala Laskar Muda Syaza Irani binti Ibrahim pula dinobatkan sebagai Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Wanita.
Tahniah diucapkan kepada pengambilan 222/22. Semoga kekal bersemangat untuk meneruskan kerjaya sebagai #NavyPeople dengan cemerlang.
MalaysiaTop News©
#malaysia #trending #top
Ещё видео!