Mengiringi KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Majlis bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI', merangkumi manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW yang sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
Dihadiri kira-kira 6,000 tetamu, Baginda Tuanku turut berkenan mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada penerima-penerima.
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Haji Yassin dan juga enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW:
1. Datin Aminah Zakaria
2. Dato’ Ab. Jamal Tun Sakaran
3. Datin Paduka Prof. Dr Khatijah Yusoff
4. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain
5. Sariah Ibrahim
6. Micheal Tong Wai Siong (Uncle Mike).
Dalam mencari model contoh ikutan, kita wajar terus menjadikan murabbi terunggul dan teragung ialah Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah.
Nabi Muhammad SAW, adalah murabbi yang wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun lebih dari itu pakej Rasullah SAW sebagai pemimpin negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model Madinah dibawah payung kepimpinan beliau.
Sehubungan itu, cita-cita negara Madani juga tidak lepas dari mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan.
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah al-Ahzab: 21)
#MalaysiaMADANI
Ещё видео!