31 Mac 2011 - Sesi Soalan - MP PAS Kuala Krai
2. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Pengajian Tinggi
menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membina kampus cawangan manamana universiti awam ke Kuala Krai bagi menjadikan Kuala Krai pusat pembangunan ekonomi dan pendidikan yang baru di Kelantan Selatan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ia memang jawapan yang lurus daripada seorang yang lurus. Akan tetapi kalau soalan ini dikemukakan oleh wakil daripada Sarawak meminta sesuatu pagi ini kalau jawapan seperti ini, kalahlah Barisan Nasional.
[Ketawa] Berilah ulasan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya bukan minta kampus universiti baru dan
bukan juga dalam RMKe-10. Cawangan sahaja dan tidak menetapkan masa.
Alasannya, penting kerana Kelantan Selatan yang ada beberapa jajahan - Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli tidak ada kampus-kampus. Jeli mungkin tetapi yang selatanselatan ini tidak ada kampus yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk tempatan dan juga oleh pelajar-pelajar luar. Jadi itu permintaannya. Saya rasa konteks pembangunan pendidikan penting seluruh negara. Sabah dan Sarawak minta jadi...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Ya, kita perlu berlapik dengan tempat
lain, baru kita boleh adjust permohonan kita. Jadi, saya mahu bertanya kepada kementerian, tidak ada langsungkah perancangan ini dan kalau ada, bagaimana bentuk pembangunan pendidikan yang mahu dibawa kepada suatu kawasan Kelantan Selatan yang sebesar lebih daripada separuh Kelantan ialah Kelantan Selatan Tuan Yang di-Pertua. Ia lebih besar daripada Perlis, tiga ke empat belas kali.
![](https://i.ytimg.com/vi/prtdAdp7SEI/mqdefault.jpg)