Laporan/video: Husney Hamid/Muhammad Fakhri Md Nor (Manjung)
PANTAI REMIS, 29 Ogos (MalaysiaAktif) - Seramai 500 orang terdiri daripada pemimpin dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Baharu, Pantai Remis hadir memeriahkan Program Komuniti Malaysia Madani: Jiwa Merdeka di Arena Pengkalan Baharu, Pantai Remis, di sini semalam.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung dengan kerjasama SK Pengkalan Baharu, Pejabat Pendidikan Manjung, Pejabat Ahli Parlimen Beruas dan Komuniti Madani Pekan Beruas memberi penumpuan dalam menerapkan semangat kenegaraan serta kemerdekaan kepada negara tercinta.
Dalam pada itu, Guru Besar SK Pengkalan Baharu Muhammad Suhaimi Idris turut berharap agar jati diri pelajar terus dipupuk supaya kekal berprinsip dan menjadi tauladan yang baik buat semua.
#PeneranganPerak
#JabatanPenerangan
Ещё видео!