Tidak disangkal bahawa trend terkini dalam pekerjaan ialah Work-Life Balance. Ramai pekerja especially pekerja muda mudi yang elak untuk buat overtime (OT).
Namun ada juga pekerja yang mengambil kesempatan untuk 'tambah pendapatan' supaya dapat gaji lebih.
Antaranya lambat-lambat siapkan kerja supaya dapat claim OT atau pura-pura buat OT dan ada yang minta rakan sekerja 'backup' kononnya buat OT pun ada.
Kesannya? Majikan lebih banyak rugi sebab kena bayar kos operasi tambahan. Pekerja peduli apa, janji dapat gaji lebih. Walhal kesan jangka masa panjang berkemungkinan syarikat muflis, pekerja terpaksa diberhentikan.
Apa majikan perlu buat? Kawal manusia dengan polisi. Perketatkan polisi.
OT hanya boleh dibuat untuk tugas-tugas yang penting, yang perlu siap segera, tugasan yang mengejut.
Jika pekerja tidak siapkan ikut deadline dan nak request OT, itu bukan masalah OT tetapi masalah pengurusan masa atau prestasi pekerja.
Reti majikan-majikan semua?
#byondkanada #byond #bisnes #urusbisnes #overtime #pekerja
Ещё видео!