Bismillahirrahmanirrahim,
Atas permintaan ramai, sis videokan semula resipi donut dengan sedikit penambahbaikan. Video versi lama sis buat pada bulan puasa tahun lepas MEI 2020 untuk posting IG dan FB . Alhamdulillah mendapat feedback yang baik. Ada yang gunakan untuk jualan😍
Baca resipi dan tips di bawah sampai habis serta tengok video, on volume ya
Donut Lembut dan Gebu
(12 biji berat 40 g - 42 g setiap satu)
🎬 [ Ссылка ]
Bahan-bahan :
🔵 250 g tepung high protein (atau tepung gandum : hasilnya tak banyak berbeza)
🔵 30 g gula kastor
🔵 30 g marjerin
🔵 1 sudu kecil yis kering (jenama mauripan, saf instant dll yang sejenis dengannya)
🔵 1 biji telur (gred A atau B)
🔵 ½ sudu kecil metrik baking powder
🔵 ½ sudu kecil metrik garam
🔵 80 g air sejuk dari peti ais + 40 g ais kiub (total 120 g)
📌 boleh gunakan sepenuhnya air sejuk peti ais 120 g -125 g
📌 boleh uli tangan, hanya gantikan air sejuk peti ais dengan air biasa. Ikut step yang sama seperti video
TIPS :
✅Jangan terlebih perap, nanti donut serap minyak
✅Pastikan minyak panas sebelum menggoreng (jangan terlalu panas)
✅Gunakan api perlahan supaya donut tidak serap minyak, kalau api kuat nanti luarnya perang tapi tak masak di dalam
✅Setiap bahagian sis hanya goreng antara 1 min 30 saat - 2 minit sahaja, terbalikkan dan sambung goreng lagi 1 min 30 saat - 2 minit. Jangan salahkan resipi jika donut anda hangus atau tak masak. Anda kawal api dapur sendiri, goreng sehingga masak
✅Hanya terbalikkan sekali untuk mendapatkan ring/tidak serap minyak
❤️ Pesanan untuk semua subscribers dan followers Surianti Kitchen yang selalu memberi sokongan kepada channel sis, jika tak berjaya dapat hasil yang baik, jangan putus asa. Cuba sampai jadi💪
Instagram : [ Ссылка ]
Facebook : [ Ссылка ]
Youtube : [ Ссылка ]
#jendeladapursurianti #dessert #sedap #homemade #food #foodie #foodies #homecooking #instaphoto #foodporn #foodblogger #foodstagram #foodjournal #simple #simpleyetdelicious #foodstagram #foodporn #bukuresepi #resepimudah #donutsurianti
![](https://s2.save4k.ru/pic/sHilx_MjxSo/maxresdefault.jpg)