Explorasi Misteri Mistik kali ini ke Makam Tun Habab (Habib) yang terletak berdekatan dengan bandar Kota Tinggi, Johor diperkarangan kubur Islam di mana beliau keturunan Bendahara yang menjadi Sultan.
Explorasi ini bersama sukarelawan yang berminat untuk menziarah makam-makam sejarah yang merupakan satu aktiviti ilmu pengetahuan yang sangat bermakna dalam mengenali lebih rapat sejarah Kesultanan Melayu Johor Lama.
Lokasi-lokasi sejarah ini juga dekat dengan makam dan masjid dimana kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang di tikam oleh Laksamana Bentan kerana dendam isterinya dibunuh oleh Sultan kerana seulas nangka.
Saksikan rakaman video ini sehingga ke akhirnya.
___________________________
🔴MAKAM TUN HABAB KOTA TINGGI
Kota Tinggi, Johor.
Nama sebenar baginda ialah Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Padang Saujana Johor. Beliau menjadi bendahara
Semasa zaman Sultan Ibrahim Shah I dan jawatannya diteruskan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II. Baginda
ditabalkan menjadi Sultan Johor ke II selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shai I yang tidak meninggalkan waris.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah yang keempat. Baginda telah memindahkan pusat pemerintahan
Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Panchor pada tahun 1700.
Keturunan Bendahara Tun Habab Abdul Majid ini telah memperluaskan lagi kuasa Empayar Kesultanan Johor.
Anakanda baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Keturunannya berterusan sehingalah ke hari ini.
Tunku Tengah, Puteri Sultan Abdul Jalil Shah IV berkahwin dengan Daeng Perani, putera salah seorang dari anak raja Bugis
lima saudara yang masyhur keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang.
Tun Abas, putera Sultan Abdul Jalil Shah
IV menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang. Keturunannya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini.
Oleh itu, salah silah keturunan raja-raja dan sultan yang memerintah Johor, Pahang dan Terengganu sekarang ini adalah berasal dari
Sultan Abdul Jalil Shah IV (Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Seri Maharaja Padang Saujana Johor.
🔴KOTA DAN MAKAM TOUHID
Kota Touhid merupakan ibu negeri Johor yang ke 8, terletak di Tanah Besar Johor. Kota ini menjadi ibu negeri johor sebanyak dua kali iaitu pada TMI637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1577) semasa pemerintahan Bendahara (Sultan) Abdul Jalil Riayat Shah (1699-1718).
Semasa pemerintahan sultan Abdul Jalil Shah III, baginda bersahabat baik dengan Belanda. Baginda telah membina kota ini dengan menggunakan batu-bata yang diperkenalkan oleh Belanda. Walaubagaimanapun pada TM1642, kota ini ditinggalkan kerana kawasan ini diserang penyakit dan membuat ibu negeri yang baru di Pasir Raja.
Kota ini sekali lagi dijadikan ibu negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ditinggalkan kali kedua, berpindah ke Panchor. Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai tanah perkuburan pembesar-pembesar
Johor, sehingga menimbulkan kekeliruan tentang asal-usulnya yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Makam Touhid.
Kerja-kerja restorasi bangunan ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
____________________________
Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
[ Ссылка ]
#ExplorasiMisteriMistik #KotaTouhid #MakamTunHabab
![](https://s2.save4k.ru/pic/sx8pXEEC7as/maxresdefault.jpg)