Resipi & Cara Buat Kek Batik Indulgence (Homemade)
Bahan-Bahan Lapisan 1 - Kek Batik:
125gram Buttercup (salted)
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
1 Cawan Serbuk Milo
1 Sudu Besar Serbuk Koko
1/2 Sudu Kecil Serbuk Vanila (Optional)
1 Paket Biskut Marie Original yang dipatahkan-patahkan (300gram)
Bahan-Bahan Lapisan 2 - Cream Cheese:
250gram Cream Cheese (Brand Tatura)
2 Sudu Besar Gula
1 Sudu Kecil Serbuk Vanila (Optional)
1/2 Sudu Kecil Serbuk Gelatin
120ml UHT Whipping Cream
Bahan-Bahan Lapisan 3 - Chocolate Ganache:
200gram Milk Chocolate Compound
1 Sudu Besar Buttercup
200ml UHT Whipping Cream
Cara-cara:
(Lapisan 1 - Kek Batik)
1. Cairkan Buttercup dalam kuali dengan api kecil dan masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan serbuk milo, serbuk koko dan serbuk vanila. Kacau seketika. Masukkan air dan kacau lagi seketika.
3. Masukkan biskut Marie dan gaul semua sebati.
4. Tuangkan bahan kek batik ke dalam loyang non stick saiz 8" inci. Ratakan dan tekan-tekan supaya kek menjadi mampat.
5. Simpan di dalam peti sejuk sementara buat lapisan seterusnya.
(Lapisan 2 - Cream Cheese)
1. Masukkan Cream Cheese, Gula dan serbuk vanila ke dalam bekas dan putar menggunakan mixer hingga sebati.
2. Kemudian masukkan serbuk gelatin dan Whipping Cream. Putar dengan mixer seketika sahaja.
3. Keluarkan kek batik dari dari peti sejuk dan tuangkan adunan cream cheese. Ratakan atas kek batik kemudian simpan semula dalam peti sejuk sementara proses lapisan seterusnya.
(Lapisan 3 - Chocolate Ganache)
1. Cairkan chocolate compound dan buttercup dengan cara double boil. Sentiasa kacau bahan hingga cair.
2. Kemudian masukkan Whipping Cream dan gaul lagi hingga sebati.
3. Sejukkan ke suhu bilik seketika sebelum dituang ke atas lapisan kek.
4. Keluarkan kek batik dari peti sejuk kemudian tuangkan coklat ganache di atas lapisan cream cheese dengan perlahan. Ratakan lapisan coklat.
5. Akhir sekali, simpan kek ke dalam peti sejuk semalaman supaya lapisan 1,2 dan 3 sejuk dan tidak cair.
6. Potong kek batik indulgence dengan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas dan dilap dengan kain terlebih dahulu.
Selamat Mencuba!
*Kami terlupa untuk cairkan serbuk gelatin di dalam air panas terlebih dahulu. Tapi kek ini menjadi juga dengan jayanya! Sangat sedap dihidangkan ketika baru keluar dari peti sejuk!
Facebook: Foodie Media
Youtube: Foodie Media
![](https://i.ytimg.com/vi/t20yJoxVcOA/maxresdefault.jpg)