Seorang lelaki berusia lebih separuh abad ditahan bersama lebih 60 kilogram dadah di Kampung Baru, Ibu negara.
Suspek dipercayai menjadikan sebuah rumah di situ sebagai gudang menyimpan bahan terlarang berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi; ACP Noor Dellhan Yahaya.. suspek yang berusia 57 tahun dicekup petang semalam.
Operasi menemukan 59 kilogram ganja, lebih 1 kilogram syabu dan hampir setengah kilogram heroin.
Saringan air kencing mendapati dia positif dadah.
Suspek memiliki 15 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ещё видео!