Tempat-tempat menarik di sekitar Batu Pahat , Johor. Sebenarnya terdapat banyak permata tersembunyi di daerah Batu Pahat ni yang korang boleh explore. Antaranya :
.
1. Barokah Sri Village
Tempat penginapan berkonsepkan rumah tradisional. Ia terletak di kawasan Parit Raja. Selain dari tempat penginapan ada juga restoran steamboat & western.
.
2. Senta Adventure Camp
Senta Adventure Camp ini sangat sesuai untuk peminat aktiviti lasak. Anda boleh cuba permainan high rope, flying fox dan banyak lagi. Selain itu ada juga chalet penginapan berbentuk segi tiga.
.
3. Mee Racun
Antara menu wajib cuba kalau ke Batu Pahat. Ada 4 cawangan Mee Racun di kawasan bandar Batu Pahat ni..
.
4. 69 Avenue Residence
Rumah Inap berkonsepkan English Cottage. Terdapat 2 jenis cottage iaitu Victoria & Eglantine Cottage.
.
5. Pantai Sungai Lurus
Port cantik untuk melihat sunset.. makanan laut dekat gerai/restoran sekitar sini juga murah & sedap.
.
6. BP Bariani Power
Satu lagi menu wajib cuba kalau ke Batu Pahat. Kalau nak ke BP Bariani Power ni korang kena pegi awal, sebab biasanya lauk cepat habis
.
7. Street Art Batu Pahat
Terletak di kawasan bandar Batu Pahat. Spot cantik untuk korang bergambar
.
8. Gabak - Kopi Rumah Usang
Port untuk para penggemar kopi. Rumah usang disini menjadikan tempat ini sangat instagrammable!
.
9. Pantai Minyak Beku
Sesuai untuk anda bersantai atau berkelah bersama keluarga.
.
10. Bazar Arena Warna
Tempat jualan produk-produk IKS. Banyak ole-ole yang korang boleh bawa pulang antaranya kerepek, hasil kraftangan, buah-buahan dan banyak lagi!
10 Tempat Menarik di Batu Pahat , Johor | Kaki Travel
Теги
batu pahatbatu pahat johortempat menarik batu pahattempat makan batu pahatmakanan batu pahatbarokah sri villagesenta adventure campMee RacunMee Racun 3G69 Avenue ResidenceSixty Nine Avenue ResidenceBP Bariani PowerBeriani Batu PahatNasi Beriani Batu PahatPantai Sungai LurusPantai Minyak BekuBazar Arena WarnaGabakGabak Kopi Rumah UsangGabak Batu PahatStreet Art Batu Pahatmakan best batu pahattraveljohormalaysiacuti cuti malaysia