Assalamualaikum wrth. Program “Ramadan Bersama Qurra’ Al-Qira’at”. Setiap hari Ramadan dibacakan satu riwayat bagi setiap Rawi Qira’at bagi setiap juzuk. Masih belajar memperkemaskan tajwid, makhraj & sifat huruf.
Ramadan Ke-8 2021M- Juzuk Ke-8, Riwayat Ibnu Zakwan dari Qira’at Imam Ibnu ‘Amir, Tariq As-Syatibiyyah - Sedek Ariffin, Meru Malaysia.
رواية ابن ذكوان عن ابن عامر من طريق الشاطبية – ٨ من رمضان ١٤٤٢هـ - الجزء الثامن من القرآن- صديق عارفين، ميرو ماليزيا
Nama penuh Ibn Zakwan ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan. Dilahirkan pada hari ‘Asyura’ di Damsyiq pada tahun 173 Hijrah dan wafat pada hari Isnin dalam bulan Syawal tahun 242 Hijrah Ketika berumur 69 tahun. Rawi Ibn Zakwan diberi gelaran Abu Muhammad atau Abu Amru Al-dimasyqy. Beliau merupakan seorang Imam yang masyhur, thiqah dan syeikh qurra’ di dalam ilmu Qiraat serta seorang Imam di Masjid Jami’ Damsyiq. Beliau mengambil bacaan qiraat dari generasi kedua anak murid Imam Ibn 'Amir iaitu Ayub bin Tamim dari Yahya bin Haris dari Imam Ibn 'Amir. Al-Walid bin ‘Utbah al-Dimasyqy memberi komentar berkaitan rawi Ibn Zakwan, katanya “Bacaan ahli Iraq tiada yang setanding dengan Ibn Zakwan” pada zamannya. Ulama Qurra’ bersepakat mengatakan bahawa Qiraat Ibn ‘Amir ini menjadi bacaan al-Quran utama di Syam hampir 500 tahun pada zaman kegemilangannya.
Ещё видео!