BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE 63. pada 31 Ogos 2020 ini merupakan detik bersejarah apabila kita semua menyambut Kemerdekaan Negara Malaysia dalam situasi Perintah Kewalan Pergerakan Pemulihan PKPP berikutan Pandemik Covid 19. Justeru bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara, saya ingin menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan menyampaikan pantun yang bertajuk:
PANTUN SALAM MERDEKA
Bunga Raya Bunga Kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.
Sungguh indah Negeri Melaka
Tempat lahir ramai pahlawan,
63 tahun kita merdeka,
Hidup aman tiada keperitan,
Nama diberi Muhyiddin Yassin,
Perdana Menteri Malaysia ke lapan,
Tema rasmi MALAYSIA PRIHATIN,
Untuk sambutan Hari Kebangsaan.
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang,
Tanda cinta pada negara.
Jalur Gemilang berkibar megah,
Simbol perpaduan seluruh negara,
Malaysia bebas dari dijajah,
Semoga negara aman sentiasa.
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia Prihatin aman sejahtera
Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.
Ещё видео!