Seramai 190 keluarga dari lima gugusan pulau sekitar perairan Johor Timur dekat Mersing, menerima bantuan keperluan harian untuk meringankan beban mereka, susulan penularan wabak Covid-19.
Bantuan disampaikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing dan tiga syarikat korporat.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, sumbangan itu dikoordinasikan pihaknya membabitkan kekuatan 50 anggota menggunakan kapal KM Tegas dan dua bot iaitu Kilat 14 serta 16.
Dalam pada itu, Sanifah berkata, pihaknya akan memaksimumkan bilangan anggota dan aset sedia ada dalam usaha memantau perairan negeri menjelang Ramadan nanti berserta rondaan di sempadan.
[ Ссылка ]
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
![](https://i.ytimg.com/vi/vxmlylI410c/maxresdefault.jpg)