Prihatin dengan nasib malang yang menimpa Orang Berinsurans kerana Kecederaan Otak Traumatik Teruk selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya, Kementerian Sumber Manusia yang diwakili Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkesempatan membuat penyerahan faedah pemulihan kepada mangsa di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Vijaya Kumaran a/l T. Veerasamy, 51 tahun yang masih menerima rawatan perubatan perlu menjalani pembedahan implan tempurung kepala sebelah kirinya. Kos pembedahan implan mangsa yang dianggarkan berjumlah RM23,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO. Selain itu, Vijaya juga menerima Faedah Hilang Upaya Sementara iaitu faedah tunai yang dibayar sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor.
#PERKESO #SOCSO #PERKESOPrihatin #PERKESOMemayungiAnda #SkimBencanaPekerjaan #kemalangan #faedahperubatan #implan #faedahpemulihan #ReturnToWork
Ещё видео!