Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Kombat Litoral 1 TLDM selesai dizahirkan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
TLDM memperkenalkan kapal LCS 1 MAHARAJA LELA yang dilengkapi dengan keupayaan peperangan empat dimensi iaitu peperangan anti udara, peperangan anti permukaan, peperangan anti kapal selam dan siber.
TLDM memilih tema pejuang bagi 6 buah Kapal Kombat Litoral ini bagi memartabat ketokohan para pejuang negara di samping mempamerkan semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan.
![](https://i.ytimg.com/vi/wgKtTbYgVLo/maxresdefault.jpg)