Sabtu 10 Jun 2022
Trip Light Jigging di perairan Penyabong, Mersing Johor
Ini adalah trip pertama kali kami di perairan Penyabong Mersing dan misi kami kali ni adalah untuk memburu salah satu spesis trevally yang dikenali dengan nama panggilan Ebek di Malaysia.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada petang Jumaat dan sampai di homestay (lebih kurang 13km dari jeti) pada pukul11 malam. Trip pada asalnya seramai 12orang tetapi berkurang ke 8orang kerana 4orang dari kami terpaksa menarik diri di saat akhir kerana masalah yang tak dapat dielakkan.
Misi kami kali ni agak goyah kerana kami pertama kali merasai pengalaman bagaimana permainan jig untuk menjerat spesis ikan trevally ini. Berkali2 kami mencuba teknik yang diajar oleh tekong iaitu Abg Mat tetapi masih belum membuahkan hasil utk menjerut ikan2 di dasar utk menjamah hayunan jig kami.
Walaubagaimana pun, kami masih berpeluang utk merasai 'permainan' ebek Penyabong kerana Abg Mat bermurah hati utk memberikan kami peluang menarik ikan tersebut selepas berkali2 "ebek Penyabong" tergoda dgn jig yang digayakan oleh Abg Mat.
Sungguhpun kami hanya dapat merasai tarikan ikan tersebut. Tetapi utk menaikkan ikan itu ke atas perlukan pengalaman dan teknik yang betul di samping kesabaran yang tinggi dan timing yang tepat utk mengayuh reel kerana set yang digunakan agak halus dan peratus utk putus terlalu tinggi jika kite terburu2.
Alhamdulillah, ketiga2 kami berjaya menaikkan ikan idaman kami dan InsyaAllah kami akan datang lagi ke sini utk memantapkan lagi teknik permainan kami.
Antara setup yang kami gunakan :
Rod :
Takamitechnos MOZ3 LM
Takamitechnos MOZ2 Light Zero
Hot's Stilleto Slow Style 64SSS
Temple Reef Mytho Light
BZ Craft Power 3
Reel :
Daiwa Saltiga IC300L
Shimano Grappler 301HG
Shimano Stella 20 SW 4000HG
Shimano Stella 13 SW 4000XG
Daiwa Saltiga BJ 200L
Shimano TwinPower FD 4000PG
![](https://s2.save4k.ru/pic/woQzYPYL_L4/maxresdefault.jpg)