#BuletinBernama : Kementerian Dalam Negeri akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata secara keseluruhannya, terdapat 59,000 permohonan di bawah kategori itu sejak 2013 dan sehingga kini, 35,000 daripadanya telah diproses dengan 98 peratus berjaya mendapat kewarganegaraan.
![](https://i.ytimg.com/vi/wyfj1mOAye8/maxresdefault.jpg)