Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah heroin dan syabu dengan menahan enam individu termasuk dua pasangan suami isteri dalam tiga serbuan pada Khamis dan Sabtu lalu.
Dalam serbuan itu, polis merampas 4,615 gram heroin bernilai RM51,272.65 dan 986 gram syabu bernilai RM35,496 dengan nilai keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM86,768.65.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau positif dadah.
Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!