DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Malam Galar Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024 2025, yang berlangsung di ibu negara.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Doktor Noraini Ahmad.
Majlis anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia itu diadakan bagi mengiktiraf peranan wanita dalam memperkasa masyarakat.
Baginda turut berkenan menyampaikan tiga anugerah utama kepada pemenang.
Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2024 2025 dirangkul Pengarah Eksekutif dan Ketua Kelestarian dan Advokasi Khazanah Nasional, Datuk Shahirar Ahmed Bazari.
Pelbagai aktiviti pemerkasaan wanita dan masyarakat dilaksanakan, seiring penganjurannya sejak 2007, selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memperkasa golongan wanita.
Ещё видео!