15/02/2014 -- Amaun Pencen Bekas ADUN Perak Bakal Dinaikkan:- DSD Dr Zambry Abdul Kadir
Kerajaan Perak bercadang untuk menaikkan amaun pencen bulanan yang diterima bekas ADUN di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata selama ini, kesemua bekas Adun di Perak menerima bayaran pencen sebanyak RM 2,065.
Bagaimanapun katanya, amaun itu dirasakan sudah tidak relevan dan ia bakal dinaikkan kepada RM 3,000 sebulan.
"Sebelum ini kadar pencen yang diterima oleh semua mantan wakil rakyat adalah sebanyak RM2,065 sebulan jadi kita cadangkan untuk naikkan kepada RM3,000 kpada masa akan datang," katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung kali ke-12 Majlis Bekas Wakil Rakyat negeri Perak (MUBARAK) di Ipoh.
Menurut Zambry lagi, cadangan itu sebelum ini pernah dibentangkan pada mesyuarat dan ia akan dibangkitkan semula pada persidangan dewan negeri (DUN) yang dijadual berlangsung Mac nanti.
"Semua pihak termasuklah pembangkang dan kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk meningkatkan kadar pencen mantan ADUN pada persidangan yang lalu.
"Perkara ini tidak dibahas secara menyeluruh dan juga merupakan keputusan bersama," katanya.
Jelasnya, terdapat kaedah dan pengiraan yang sesuai akan diguna pakai dan faedahnya juga bakal diperoleh oleh semua bekas mantan Ahli Dewan Undangan negeri kelak.
"Bagi yang bertugas dalam tempoh 2 penggal, mereka kini menerima pencen sebanyak RM2,065 dan bakal memperoleh sebanyak RM3,000 selepas proses pengiraan yang sesuai nanti," katanya.
Tambah Zambry lagi, bagi mantan yang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 1 penggal sahaja, mereka kini hanya mendapat pencen sebanyak RM1,300 sahaja.
"Saya harap rakyat faham mengenai keadaan dan situasi wakil-wakil rakyat yang terdahulu yang perlu kita hargai kerana mereka mempunyai banyak jasa kepada pentadbiran negeri," katanya.
Biarpun hanya berkhidmat dalam tempoh masa yang singkat namun tegas Zambry, kenaikan pencen ini adalah sebagai tanda penghargaan atas jasa terdahulu.
"Keputusan belum muktamad lagi, tetapi kita akan mengkaji untuk menaikkan semua kadar pencen bekas matan wakil rakyat dan menteri besar terdahulu," ujarnya lagi.
Beliau turut menegaskan bahawa elemen menghargai golongan yang terdahulu perlu diterapkan dalam setiap individu selain daripada tradisi menghormati antara satu sama lain sebagai tanda menghargai jasa-jasa individu lain yang telah banyak berjasa.
Ещё видео!